Kursus Latihan Pengendalian Makanan
20 Mei 2024 | Aktiviti TerkiniPada 19 Mei 2024 Ahad NADi Pokok Sena telah mengadakan Kursus Pengendalian Makanan untuk 4 orang peserta secara atas talian. Kursus ini bertujuan untuk melahirkan para peniaga atau penjual mahupun penyedia makanan terutamanya bagi tujuan menjaga kualiti makanan dan kebersihan makanan yang disediakan mengikut panduan yang telah digariskan oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kursus ini merupakan kewajipan bagi para penyedia makanan.
Dengan bayaran RM50 para peserta akan memiliki sijil yang sah seumur hidup. Melalui kursus ini para peserta telah diberikan pendedahan dan kesedaran mengenai aspek-aspek kebersihan- makanan dan keselamatan makanan dan kebersihan premis makanan bagi mengurangi isu masalah kejadian keracunan makanan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: